Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Rabu, 28 Disember 2022 09:30

AKU DIJANGKITI KEHIDUPAN 2.0 : cerita-cerita pesakit dan perawat psikiatri

Written by
Rate this item
(0 votes)

Benarkah hidup merupakan satu anugerah? Lahir, membesar, bercinta, berumahtangga, berkerjaya. Happily ever after. Sedangkan bagi sebahagian yang lain, hidup tumbuh menjadi satu sumpahan. Raksasa hitam yang menetas dalam kepala dan mengunyah diri dari dalam sehingga mati kadangkala lebih didambakan. Aku Dijangkiti Kehidupan 2.0 merupakan himpunan pengalaman mereka yang dibelenggu oleh hidup. Pergelutan melawan stigma dan ketidakpedulian masyarakat dan suara kebencian dari dalam. Tersepit antara beban dan tanggungjawab, selain daripada pesakit dan perawat (psikiatris), kesihatan mental turut mencorakkan hidup orang di sekeliling, terutama ahli keluarga. Dan naskhah ini merupakan suara hati mereka yang selama ini terpendam. Juga hampir padam. Jika benar hidup itu indah, mengapa ia amat menyakitkan?

Additional Info

  • Pengarang: Sarah A, Dr Rozanizam Zakaria, Nur Jehaada, Dr Zul Azlin, Lailatun Nadhirah, Kak Ngah-Alia, S Adnan, SY Sofia
  • Penerbit: Penerbitan Kata Pilar (M) Sdn. Bhd.,
  • Tahun Terbit: 2022.
Read 360 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup