Objektif dan Fungsi

Objektif

  1. Menyediakan bahan-bahan bacaan untuk pinjaman dan rujukan kepada penduduk Negeri Perlis.
  2. Merancang program dan aktiviti ke arah menambah rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri Perlis.
  3. Menganjur serta menggalakkan pembacaan di kalangan masyarakat negeri Perlis.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang memerlukan bimbingan atau latihan dalam bidang ilmu perpustakaan.
  5. Mewujudkan koleksi yang bermutu untuk kegunaan masyarakat mengikut citarasa masyarakat berlandaskan Wawasan Negara.
  6. Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berwibawa melalui rangkaian maklumat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
  7. Menyediakan prasarana pembacaan awam yang berkualiti dan tenaga kerja terlatih.

FUNGSI

  1. Menubuh, melengkap, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
  2. Menganjur dan menggalakkan aktiviti pembacaan kepada masyarakat terutama sekali dalam Bahasa Melayu.
  3. Menganjur dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk tujuan rujukan dan pinjaman oleh pengguna.
  4. Memperolehi secara menyeluruh bahan-bahan / buku terbitan dalam negeri untuk simpanan dalam Koleksi Negeri Perlis.
  5. Menyediakan bahan-bahan / buku untuk perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dengan lain-lain perpustakaan di Malaysia
  6. Menyediakan kemudahan dan persekitaran perpustakaan yang kondusif dan selesa kepada pengguna untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
  7. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti kempen galakan membaca secara berterusan kepada semua golongan masyarakat khususnya dalam negeri Perlis bagi mejadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.
  8. Menjadikan perpustakaan sebagai tempat untuk aktiviti riadah, kebudayaan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.
  9. Merancang untuk penambahan rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri melalui penubuhan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Desa dan Bas Bergerak bagi meliputi semua lapisan masyarakat terutama di luar bandar.
Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup