Segitiga Berwarna Putih
Melambangkan penyatuan akal dan budi ke arah mencapai kebijaksanaan (wisdom) yang lahir dari hati budi yang bersih
Buku
Pemilihan simbol buku sebagai tonggak kerana buku menampilkan ciri-ciri sumber maklumat bercetak dan merupakan nadi kepada sesebuah perpustakaan atau pusat maklumat
Warna Biru
Warna biru mencerminkan masyarakat dan mewakili warna bendera Negeri Perlis. Warna ini berupaya melahirkan semangat patriotik kepada negeri dan organisasi
Nama Organisasi
Nama organisasi perlu ditampilkan bersama logo dalam bentuk bulatan bagi memastikan semua masyarakat sedar bahawa inilah logo perpustakaan
Keseluruhan
Secara umumnya logo ini menampilkan unsur-unsur terkini dalam persekitaran ilmu dan maklumat. Ianya ditampilkan dalam bentuk yang ringkas, kreatif dan memberi keutamaan kepada nama organisasi iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.