Koleksi Rujukan Islam

Koleksi Rujukan Islam merupakan idea dan inisiatif DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis untuk mewujudkan satu koleksi buku rujukan tentang agama Islam di Perpustakaan Pekan Arau. Koleksi Rujukan Islam merupakan buku yang disumbangkan melalui Kempen Kutip Buku Agama Islam yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

  Alamat

Pusat Rujukan Islam,
Aras 1, Perpustakaan Pekan Arau,
02600 Arau,
Perlis
  +604-986 8344

 

koleksi rujukan islam

Majllis Pelancaran Kempen Kutip Buku Agama Islam ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 14 Januari 2016. Pelbagai jabatan, syarikat, NGO dan orang perseorangan telah menderma buku untuk koleksi tersebut. Lapan buah kedutaan luar negara juga turut menyumbangkan 1,467 buah buku. Kedutaan tersebut terdiri daripada negeri Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kazakhstan, Maldives, Syria, Indonesia, Kuwait dan Arab Saudi. Sehingga kini, Koleksi Rujukan Islam yang berjumlah 3,570 buah buku telah ditempatkan di Tingkat Dua, Perpustakaan Pekan Arau, Perlis untuk bacaan dan rujukan pengguna.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup