Sumber Media

Menawarkan pinjaman dan rujukan bahan media seperti cd, vcd. video, kaset dan sebagainya. Dilengkapi kemudahan alat pandang dengar seperti TV, slaid dan sebagainya.

Bilik Tayangan memudahkan para pengguna untuk menonton tayangan dari koleksi Unit Sumber Media. Boleh menempatkan seramai 40 orang dalam satu-satu masa.

Selain itu, Unit Sumber Media turut dilengkapi dengan DVD player bagi memudahkan pengguna menggunakan bahan untuk rujukan dan tayangan. Peralatan ini ditempatkan di Perpustakaan Bestari Samsung.

Antara tajuk perkara bahan yang terdapat di Unit Sumber Media adalah:

  • Kebudayaan masyarakat, lagu, tarian, pelancongan, sejarah, politik, ekonomi, laporan tahunan, tokoh, sukan
  • Kesihatan & anggota badan, tumbuhan & haiwan, sains dan planet, komunikasi, Al-Quran, Agama, computer, kejuruteraan, pengurusan dan kerjaya dan sebagainya
  • Koleksi Negeri Perlis, Koleksi Raja Perlis
  • Rujukan STPM, PRA-U, SPM, PMR, Kemahiran Peta Minda dan sebagainya
  • Filem Melayu, Filem Inggeris, dokumentari dan sebagainya
  • Rujukan khas untuk kanak-kanak, kartun, permainan berinformasi dan sebagainya.

Polisi Pinjaman Bahan Sumber Media

A) Pinjaman Bahan Keluar Dari Perpustakaan

  1. Keahlian sumber media adalah percuma.
  2. Pinjaman bahan media hanya dibenarkan untuk kategori belia dan dewasa sahaja (13 tahun ke atas) (Pinjaman keluar dari perpustakaan).
  3. Maksimum pinjaman bahan dibenarkan adalah 2 set CD. Bagi cerita bersiri, maksimum 3 keping akan diberi pinjaman pada satu masa.
  4. Tempoh pinjaman bahan adalah 2 minggu sahaja. Pembaharuan tidak dibenarkan.
  5. Setiap kali pinjaman, deposit RM5.00 akan dikenakan (sewaan RM2.00), RM3.00 akan dipulangkan jika peminjam memulangkan bahan mengikut masa yang ditetapkan.
  6. Sekiranya peminjam gagal memulangkan bahan dalam tempoh ditetapkan, peminjam akan dikenakan denda 20 sen sehari sebagai denda lewat pemulangan.
  7. Kerosakan/kehilangan bahan akan dikenakan denda mengikut harga bahan dan harga proses sebanyak RM5.00 (sekiranya berlaku kerosakan @ kehilangan untuk pinjaman Cd cerita bersiri, peminjam perlu membayar harga keseluruhan siri tersubut dan CD selebihnya akan diberikan kepada peminjam.

B) Pinjaman Bahan Untuk Kegunaan Dalam Perpustakaan

  1. Pinjaman bahan untuk rujukan dan tayangan di dalam perpustakaan adalah percuma sahaja. Terbuka untuk semua kategori kanak-kanak, belia dan dewasa.

Lokasi

Unit Sumber Media Tingkat Atas,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 049764436
Faks : 049760906

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup