Perpustakaan Kanak-Kanak

PPANPs telah menyediakan bahagian kanak-kanak khas bagi menempatkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Tujuannya ialah untuk keselesaan kepada kanak-kanak. Bahagian kanak-kanak menyediakan koleksi yang menarik dalam pelbagai bahasa di antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Cina. Koleksi ini terbahagi kepada:

Koleksi Pinjaman Kanak-Kanak

Koleksi ini terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam bidang Sains, Teknologi, Sejarah, Agama, Sukan dan sebagainya. Buku-buku ini boleh dipinjam oleh ahli perpustakaan.

Koleksi Buku Rujukan Kanak-Kanak

Koleksi ini meliputi semua bidang perkara dan sesuai untuk pengetahuan kanak-kanak. Bahan koleksi ini TIDAK BOLEH DIPINJAM dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.


Koleksi ini diletakkan di dalam bilik khas dan diasingkan daripada buku pinjaman. Koleksi buku dan ensiklopedia merupakan koleksi utama di koleksi rujukan kanak-kanak.

Koleksi Bersiri Kanak-Kanak

Koleksi bersiri kanak-kanak menyediakan majalah-majalah tempatan yang bersesuaian seperti Majalah Bintang Kecil, Kuntum, Kawan, Asuh, Mickey Mouse dan Komik Anak-Anak Sidek. Disamping itu, terdapat juga majalah jilid dan akhbar pendidikan.

Koleksi CD, VCD

Koleksi ini ditempatkan di bilik aktiviti kanak-kanak. Terdiri daripada alat pembelajaran interaktif multimedia yang terkini sesuai untuk kegunaan kanak-kanak. Bahan ini TIDAK BOLEH DIPINJAM.

Pendaftaran Ahli

Perdaftaran keahlian adalah Percuma. Borang boleh didapati di kaunter perpustakaan.

 Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun

Pinjaman Buku

  • Seorang ahli berdaftar di benarkan meminjam maksimum 6 buah buku dalam jangka masa 3 minggu.

  • Peminjam perlu memaklumkan butiran diri seperti no. my kid untuk pinjaman buku.

  • Pastikan bahan pinjaman berada dalam keadaan baik semasa meminjam kerana anda akan bertanggungjawab keatas bahan tersebut.

Pemulangan Buku

  • Sila serahkan buku di kaunter pemulangan.
  • Pemulangan boleh dibuat dengan memasukkan buku ke dalam kotak pemulangan yang disediakan sekiranya perkhidmatan ditutup.
  • Bahan pinjaman WAJIB dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
  • Pemulangan pinjaman boleh dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.
  • Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga buku dan kos proses buku (RM1).
  • Denda dikenakan 5 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan TIDAK TERMASUK hari Ahad dan cuti umum.

Pembaharuan Pinjaman

  • Pembaharuan boleh dibuat dengan datang sendiri/ melalui telefon,sekiranya bahan TIDAK ditempah.Sila nyatakan no.barkod kad ahli/ no.barkod buku. Dapatkan serta semak tarikh pembaharuan/ slip pembaharuan semasa.

Kemudahan

Ruang Santai

Ruang santai dilengkapi kemudahan tv, pemainan DVD dan bantal beans. Kanak-kanak bolehlah bersantai bersama rakan-rakan sambil menonton tv dan filem. Boleh memuatkan 10 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Boleh dapatkan DVD untuk tayangan filem di Unit Sumber Media.

Bilik Aktiviti

Bilik ini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, aktiviti bersama tabika, seni kraftangan, taklimat, ceramah, tayangan filem dan pembelajaran dan banyak lagi.

Ruang bilik yang sesuai untuk perlaksanaan aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Bilik ini terbuka kepada semua kanak-kanak yang ingin menyertai aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Bilik ini dilengkapi kemudahan PA sistem yang lengkap, pembesar suara, lcd dan sebagainya. Boleh memuatkan 70 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Pihak sekolah yang ingin menggunakan bilik aktiviti sebagai tempat aktiviti pelajar atau kelas tambahan adalah dialu-alukan. Percuma sahaja

Hipermedia

Unit ini berfungsi menyediakan perkhidmatan ICT kepada pengguna berumur 6-12 tahun. Di antara perkhidmatan yang disediakan ialah:-

Percuma penggunaan komputer riba 1 Malaysia / internet untuk bahan rujukan.
Percuma penggunaan tab untuk tujuan permainan berinformasi dan kuiz

LARANGAN: Dilarang bermain games dan install mana-mana permainan online ke dalam komputer riba dan tab.

Permainan / VR

Perpustakaan bukan hanya mempunyai bahan bacaan seperti buku dan majalah malah mempunyai koleksi permainan berinformasi. Kanak-kanak boleh bermain tanpa batasan dengan syarat tidak menyelerakkannya. Anda bertanggungjawab terhadap barang permainan tersebut.

Terkini, kanak-kanak boleh bermain permainan VR maya yang hebat. Permainan ini dikenakan caj bayaran sebanyak RM3.00 selama 3 minit.

Loker

Kanak-kanak adalah dilarang sama sekali membawa barang berharga. Semua beg, kampit, fail, makanan dan minuman seumpamanya tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut bolehlah ditempatkan di dalam loker.

Keselamatan barangan anda adalah tanggungjawab anda.

Ruang Solat

Kemudahan ruang solat adalah untuk muslim dan muslimah sahaja. Dilarang membuat bising.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup