Galeri Seni Lukis

Galeri Seni Lukis Negeri Perlis terletak di bangunan Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Perlis. Idea penubuhan galeri ini adalah hasil cetusan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Galeri Seni Lukis Negeri Perlis telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis pada 16 Mei 2014.

Penubuhan galeri ini juga untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan rakyat negeri ini, terutama di Negeri Perlis terhadap identiti, gaya, sejarah, budaya, kreativiti dan kepelbagaian seni menerusi karya-karya seni tampak yang dihasilkan oleh rakyat Negeri Perlis, khususnya dan Malaysia amnya. Galeri yang terletak di bangunan perpustakaan tersebut, menempatkan hasil-hasil lukisan yang telah disumbangkan kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Hingga kini terdapat lebih 350 karya yang disumbangkan oleh City Art Gallery, 1MCAT(Malaysia Conteporary Art Tourism), Persatuan Pelukis Negeri Perlis, ASWARA dan lain-lain lagi. Koleksi yang sedia ada antara lain, terdiri daripada karya catan, lukisan, cetakan dan fotografi.

Alamat

Galeri Seni Lukis,
Perpustakaan Cawangan Simpang Empat
Pekan Simpang Empat.
02700 Simpang Empat,
Perlis.
 +604-980 7752

 Program Fiesta Seni

Program dwi tahunan ini yang dianjurkan mulai tahun 2014 menjadi platform kepada peminat seni serta generasi baharu berkongsi idea dan bertukar pandangan tentang seni dengan berkonsepkan aktiviti bersama komuniti. Memartabatkan seni dan apresiasi seni berunsurkan alam semulajadi merangkumi sejarah serta kewujudan Negeri Perlis, sosio budaya masyarakat, dan tempat-tempat menarik di Negeri Perlis. Disamping itu, dapat mempromosikan Negeri Perlis kepada umum serta hasil karya akan dipamerkan di Galeri Seni Lukis Negeri Perlis.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup